bukhariramli. Atau, macam kawan-kawan aku selalu panggil, Book.
Ibu aku kata, masa dia mengandungkan aku, dia selalu membaca. Dulu, masa dekat sekolah, aku selalu jawab membaca kalau cikgu tanya apa hobi aku. Ye la, dulu mana ada internet, mana ada PSP. Itulah jawapan yang aku ulang-ulang setiap tahun. Aku rasa ini kesan Law of...
more »
bukhariramli. Atau, macam kawan-kawan aku selalu panggil, Book.
Ibu aku kata, masa dia mengandungkan aku, dia selalu membaca. Dulu, masa dekat sekolah, aku selalu jawab membaca kalau cikgu tanya apa hobi aku. Ye la, dulu mana ada internet, mana ada PSP. Itulah jawapan yang aku ulang-ulang setiap tahun. Aku rasa ini kesan Law of Attraction dalam hidup aku - aku suka baca buku [dan kalau waktu makan, aku baca label pada botol sos dan kicap].
Top 10 List yang tak cukup ten tu ialah senarai buku nonfiksyen yang aku rasa memberi impak dalam kepala otak aku yang berjambul. Dan untuk buku fiksyen yang ada dalam senarai tu, aku rasa buku tu best sama ada dari segi cerita atau stail penyampaian [atau suka-suka sebab aku minat Hugh Laurie agaknya].
Reading List ialah senarai buku yang aku ada. Yang aku sedang baca. Atau, ehem, aku terlalu malas untuk baca. Membeli dan mengumpul buku menjadi kegilaan sehingga kapabiliti aku untuk membaca [tanpa tuang kelas dan meniru esainmen kawan] adalah sesuatu yang mustahil.
Dan kebanyakan buku nonfiksyen memang aku tak habiskan sekali duduk. Macam buat rujukan. Pembacaan berterusan. Jadi, tu pun aku rasa mahu letak dalam Reading List, tapi tak payah la kot.
Dan aku rasa, banyak lagi buku yang aku tak ingat. Ye la, ayah aku bukan tokey syarikat kargo. Kalau ya, senang-senang je aku ekspot semua buku aku ke mari. Famili aku dah pindah rumah baru, doakan buku-buku aku yang bergelimpangan kat Malaya tu selamat lagi dalam rak.
http://bukhariramli.com
« less