Books

Request Friendship
Send Request Cancel

Crystal Grey

Crystal Grey

"BANGSA YANG MAJU, BANGSA YANG BERILMU"

I love book..i love reading...Semua jenis buku ilmiah...yang memberi info...pengetahuan..yang mencabar minda.. bacaan yang memberi impak pada diri

Tetapi yang pasti aku kurang baca buku CINTA... more »
  • Selangor, Sh, Malaysia
  • member since April 14 2009

Reviews

  • Sort by:
 
Displaying 1-10 of 34 reviews
  • Senarai 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah (Edisi Terbaru)
    • Rated 3 stars

    Keseronokan buku ini adalah dalam penemuan terhadap seseorang tokoh dalam mengukur pengaruh mereka

    Buku mengenai sejarah dunia yang ringkas dan padat.

    Crystal Grey wrote this review Wednesday, June 10 2009. ( reply | permalink )
  • Indahnya Cinta - Kisah-kisah Kekasih Allah
    • Rated 4 stars

    Allah berkata kepada Nabi Adam, "Tinggallah di dalam syurga bersama isterimu dan makanlah sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai. Tetapi, janganlah kamu hampiri pokok ini. Sekiranya kamu menghampirinya, jadilah kamu daripada golongan yang zalim.

    Inilah percintaan dan perkahwinan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia. Pernikahan agung disaksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga. Indahnya cinta apabila saling memadu kasih kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

    Buku ini menghimpunkan koleksi 43 kisah benar kekasih Allah. Diolah dalam bentuk santai supaya mudah difahami dan dihayati.

    Crystal Grey wrote this review Tuesday, June 9 2009. ( reply | permalink )
  • ABU UBAIDAH - PENAKLUK PARSI

    ABU UBAIDAH - PENAKLUK PARSI

    by ABDUL LATIP TALIB
    • Rated 0 stars

    Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.



    Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

    Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud,

    “Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.”

    Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran ‘Gagah dan Jujur’.

    Crystal Grey wrote this review Tuesday, June 9 2009. ( reply | permalink )
  • MANTERA HITAM

    MANTERA HITAM

    by Serunai Faqir
    • Rated 0 stars

    SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

    Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

    Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah. Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

    MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!?

    Crystal Grey wrote this review Monday, June 1 2009. ( reply | permalink )
  • Nabi Ibrahim Mencari tuhan

    Nabi Ibrahim Mencari tuhan

    by Normah Md Sir
    • Rated 5 stars

    Orang ramai yang berada di tempat itu tidak sabar menunggu upacara membakar dimulakan. Mereka datang berduyun-duyun dari semua sudut daerah dan negeri untuk menyaksikan sendiri Ibrahim dibakar hidup-hidup.

    “Bila lagi api hendak dinyalakan?” mereka merungut. “Kayu api sudah terlonggok setinggi bukit.”

    Semua yang hadir menahan nafas dan tidak berkata-kata apabila api dinyalakan. Tidak lama kemudian, beberapa orang pegawai negeri tiba. Di belakang mereka kelihatan Ibrahim berjalan. Beliau dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal.

    Apakah yang berlaku pada Ibrahim seterusnya? Adakah beliau terselamat dari api yang menjulang tinggi itu? Apakah reaksi orang ramai apabila Ibrahim mahu dibakar?
    Buku ini adalah Siri Kisah Nabi berdasarkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang hayat mereka. Cerita ini amat penting untuk diketahui terutama kepada sesiapa yang belum mengenali nabi.



    Crystal Grey wrote this review Tuesday, May 26 2009. ( reply | permalink )
  • Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi

    Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi

    by Dr. Muhammad Abdul Yamani
    • Rated 4 stars

    "Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-

    "Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.

    Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.

    Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.

    Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.

    Crystal Grey wrote this review Tuesday, May 26 2009. ( reply | permalink )
  • Eh! Wat Yu Talking?: Chronicles of Malay Humor
    • Rated 3 stars

    These chronicles of Malay humour are commonly shared between people of different geography. For example, in Arab-speaking countries, a common theme in most tales of humour and those exemplifying a moral code revolves around a man referred to as Johar (Juha); in the Persian-speaking milieu where the theme remains the same, revolves around a man referred to as Mulla Nasruddin; in the Turkish-speaking milieu these narratives revolve around a man referred to as Hoca Nasruddin; whereas in the Malay-speaking world, the names Abu Nawas and Pak Pandir are commonly identified with humorous narratives, wit and tales which reflect codes of moral conduct.

    Crystal Grey wrote this review Monday, May 25 2009. ( reply | permalink )
  • MENITI MAUT

    MENITI MAUT

    by EYMAN HYKAL
    • Rated 5 stars

    GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejenejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

    Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan. BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.

    Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti. Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini.

    Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang! MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue

    Crystal Grey wrote this review Wednesday, May 20 2009. ( reply | permalink )
  • Bohemian

    Bohemian

    by Imaen
    • Rated 5 stars

    - Jangan nilai orang dari luaran. Pemuzik Jalanan juga ada pelajaran, ada maruah, ada pegangan agama dan ada Perasaan CINTA
    - Nadira AKU CINTA PADA MU
    - Naufail kau sahabat sejati
    - Norman Bodoh tak boleh di ajar degil tak boleh di tunjuk

    Crystal Grey wrote this review Wednesday, May 20 2009. ( reply | permalink )
  • Tarikh Luput Cinta

    Tarikh Luput Cinta

    by Lynn Dayana
    • Rated 5 stars

    Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa. Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya? Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

    Crystal Grey wrote this review Wednesday, May 20 2009. ( reply | view 1 replies | permalink )
Displaying 1-10 of 34 reviews

Missing a review?